Sijil Nikah Hilang/Rosak:Cara Mohon Semula dan Kadar Bayaran 

Sijil Nikah hilang atau rosak?Sememangnya Sijil Perakuan Nikah atau sijil nikah adalah dokumen penting bagi pasangan yang berkahwin kerana banyak urusan penting akan menggunakan dokumen tersebut.

Jika hilang atau rosak sebenarnya mudah sahaja untuk anda dapatkannya asalkan rekod perkahwinan anda didaftar.Yang pasti dokumen ini perlu dijaga dengan baik kerana banyak urusan rasmi selepas ini menggunakan dokumen tersebut

Apakah itu Sijil Nikah?

Sijil Nikah atau sijil perakuan nikah Merupakan Dokumen pentng bagi pasangan yang berkahwin sebagai bukti perkahwinan mereka sah disisi undang-undang dan berdaftar dengan kerajaan.

Dokumen penting Permohonan

Berikut adalah dokumen yang perlu di bawa bersama-sama:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon;
  • Salinan Surat Perakuan Nikah (jika ada);
  • Surat Akuan Sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam yang menyatakan Surat Perakuan Nikah asal hilang dalam simpanan atau rosak

Baca juga: Cara Tuntut Pembahagian Harta Pusaka kecil Online

Cara Mohon Sijil Nikah Hilang/Rosak

Untuk membuat permohonan sijil yang baru,anda hendaklah :

  1. Hadir ke pejabat agama yang berhampiran dengan anda
  2. Anda perlu mengisi borang permohonan iaitui borang 18 yang disediakan oleh Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga. (Borang tersebut boleh diambil hanya di Pejabat Agama Jajahan) dan dikenakan bayaran RM1.00.
  3. Isikan segala butiran yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  4. Sertakan salinan kad pengenalan dan surat akuan sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam.
  5. Kemudian,serahkan dokumen yang sudah lengkap diisi bersama lampiran ke kaunter bahagian perkahwinan.

Boleh juga baca:Cara mohon harta sepencarian jika bercerai atau kematian pasangan

Kadar bayaran dan Tempoh Masa siap

Kadar bayaran adalah RM10 bagi setiap sijil dan biasanya tempoh masa akan disiapkan dalam masa hari Bekerja.

Prosedur Perkahwinan Islam

Untuk melangsungkan perkahwinan anda perlu dapatkan kebenaran dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing

Daftar perkahwinan islam sekarang boleh di lakukan secara online melalui SPPIM, iaitu laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).Untuk Permohonan Berkahwin Online,boleh rujuk prosedur di bawah:

  1. Layari pautan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia 
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat
  3. Pastikan Borang ditandatangani oleh pemohon dan juga ditandatangani oleh wali ( bagi perempuan).
  4. Dapatkan pengesahan status dan anak mukim daripada Imam Mukim
  5. Borang permohonan mestilah disahkan Imam Mukim pemohon berserta cop rasmi cop rasminya untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
  6. Borang permohonan berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dibawa kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan kawasan masing-masing untuk ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop dengan cop Imam Mukim berkenaan.
  7. Borang permohonan dihantar oleh pemohon ke Pejabat Agama Jajahan berkaitan dengan disertakan bayaran RM 12.00 untuk mendapat Kebenaran Berkahwin daripada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon (Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh akad nikah).
  8. Pemohon mendapatkan Surat Kebenaran Berkahwin (Borang 2/Borang 2A)dalam tempoh 24 jam di Pejabat Agama Jajahan berkenaan untuk diserahkan kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan kawasan berkenaan.
  9. Majlis Akadnikah dilangsungkan pada tarikh yang ditetapkan di tempat pemastautinan perempuan
  10. Selepas Akadnikah, suami diminta membaca ta’liq dan menandatangani Surat Makluman Akad Nikah dan Surat Perakuan Nikah serta menjelaskan bayaran RM120.00.
  11. Selepas itu pengantin akan diberi Surat Akuan Nikah Sementara (borang 4) dan dikehendaki mendapatkan Sijil Perakuan Nikah di Pejabat Agama Jajahan berkaitan.
  12. Pemohon boleh memungut Sijil Perakuan Nikah di Pejabat Agama Jajahan berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas majlis Akad.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh rujuk melalui saluran berikut:

  1. Prosedur Surat Nikah Hilang/Rosak
  2. Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via